CafeMom Tickers

Thursday, October 21, 2010

Anak Ayah & Mama


Lahir ke dunia...

Monday, September 27, 2010

menunggu detik itu...


sudah masuk 36 minggu 2 hari. Seorang diri di rumah Pesona Villa ini...sangat merisaukan... hanya Allah tempat mengadu...hari2 call ayah...cerita itu ini berkongsi rasa. Kalau ayah ada sekali mama tak risau sangat. Ayah pun sorang2 kat Parit Buntar. Mama pulak sorang2 kat Melawati ni....
Memang ada jiran2 kawan2 mama... tapi tak sama kalau ayah ada di sisi mama. Mama sayang ayah! Mama sayang anak mama...
Tok pulak masuk wad hari ni... doakan tok semoga semuanya selamat. Haya Allah saja yang tahu hati mama waktu ni...saat ini....

mama fikir pasal nak bersalin, ayah jauh, tok tak berapa sihat....dengan hari ni satu lagi ujian buat mama...
mama apply cuti nak balik kampung 2 minggu awal sebelum due, tapi orang PPD Gombak ni tak luluskan pulak. Dia bukan faham masalah mama duduk kat rumah ni sorang2. Alhamdulillah. itu saja kata2 yg mammpu mama ucapkan....sesungguhnya doa orang2 yang teraniaya/ dizalimi mudah dimakbulkan...tambah pulak di akal hujan2 macam hari ni...

Mama harap anak dalam perut mama faham situasi mama. Allah maha mengetahui.Hari2 mama baca Quran untuk tenangkan hati... Moga Allah mempermudahkan segala urusan. Ameen..

Sunday, September 12, 2010

Berita Yang Mengejutkan


Kelmarin doktor Hospital Sultanah Bahiyah call. Tok kena pi hospital pagi esok 13hb. Minggu lepas tok ada bgtau yg dia ke hospital, doktor ambik sampel daging untuk diagnos apa penyakit/masalah tok. Lepas menopuse dekat 10 tahun, tiba2 tok ada sikit pendarahan setiap bulan. Dah buat ujian pap smear. dah scan. tapi tak dapat kesan apa2. last2 rujuk doktor pakar.

Ayah bawa kereta. Mama ikut. TokWan dengan tok sekali. Ke bahagian Obstektrik & Ginekologi( Sakit Puan)
Lama sangat tunggu giliran...mama dgn ayah jalan2.. cari wad bersalin...senang nanti mama nak bercadang bersalin anak amam kat HSB ni... anak Kedah! :)

Lepas tu mama ke bahagian O & G semula. Masuk jumpa doktor dgn Tok. Ingat dia nak tanya pasal GL ( surat kakitangan kerajaan) tapi rupa-rupanya doktor nak cerita tentang sakit tok...terkejut! Berserah pada Allah!Moga Tok kuat semangat!

Sunday, September 5, 2010

33 minggu


Dah masuk 33 minggu. Ada lagi 7 minggu sebelum due bersalin. Setiap masa hati & mulut mama berdoa moga Allah permudahkan semuanya.
4hb September dah start cuti raya puasa. cuti awal seminggu. 10hb baru raya.
Perut makin rasa berat...anak mama & ayah ni dah makin besar..minggu seblum balik kg, mama pegi checked-up kat klinik kesihatan Au2 tu...berat kurang 2kg la pulak...agaknya puasa kot.. :)
apa pun, bersyukur, anak mama sihat. bila nurse check, dia kata pergerakan nadi/jantung baby normal! mama happy! alhamdulillah.
Balik kg singgah berbuka di Sungai Petani, Laguna Merbok. Kak Nat, Aqil, Mimi & abang Mat Noor tak ada. Depa pi Seberang Jaya. Tok ja yang ada. Mama & ayah beli Radix Fried Chicken...
Malam pi ambik adik mama kat Uitm..Piah. Terus balik kampung di Pendang..........
Rindunya kampung halaman...lama tak balik...alhamdulillah. Seronok berbuka di kampung! Beli itik panggang! ayah tak pernah makan!

Tuesday, August 31, 2010

Hari Ulang tahun Malaysia Merdeka ke-53!


31 Ogos 2010 = 21 Ramadan 1431H

Alhamdulillah, anak dalam perut mama ni kuat. Mama dapat berpuasa dah masuk hari ke-21. Syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah...dia yg mengizinkan dan memberikan kekuatan kita berdua berpuasa sama-sama. Ini pengalaman pertama mama. Mama takkan lupa sampai bila-bila. mengandungkan anak mama yg kini berusia 32 minggu 2 hari... :) 8 bulan++

Hati mama hari-hari teringat ayah. Ayah kerja. Ayah nak cari duit. Ayah jadi cikgu kat Tanjung Piandang. Esok 1 September 2010 adalah hari mama boleh apply untuk pindah dari KL ni ....nak duduk dekat ayah. Kesian jugak ayah sorang-sorang kat sana. Cuma tiap-tiap minggu ayah balik jenguk mama. Ayah risau mama sorang-sorang.
Moga-moga berkat bulan mulia ramadan ni kita dapat berpindah untuk hidup sekeluarga bersama ayah!

Hari ni cuti hari merdeka! mama rehat2 kat rumah. Ayah masa mama call tadi...tengah tulis novel, buat lesson plan & main game bola! itu semua kesukaan ayah! :) mama dah faham..

Anak, moga kita dapat berpuasa penuh tahun ni! Amin. :)

Sunday, August 22, 2010

Ayah balik jenguk mama 10-12 Ramadan


yay! ayah balik selepas seminggu ayah kerja di tempat baru. Ayah sampai pukul 10.30 malam di KL Sentral, naik keretapi dari Bagan Serai.

Mama masak sedap2 untuk ayah. Anak ayah & mama ni seronok bila ayah cakap2 kat perut mama. :)

Hari ni ahad, ayah dah balik semula ke Parit Buntar. Ayah balik ambil barang2 keperluan ayah. Hari tu cuma ayah bawa beberapa helai baju je. Kali ni ayah bawa balik laptop, beli broadband & prepaid celcom & maxis untuk internet.

Mama berbuka makan mee udang & cucur pisang. Sambil2 tengok tv mama makan kismis hitam. hari-hari mama telefon ayah. Mama call tok kat kampung, sembang-sembang. Lamanya mama tak balik kampung. Seronoknya kalau dapat berpuasa di kampung. ..Tapi seronok lagi kalau dapat berpuasa bersama-sama ayah di sisi mama! :)

Saturday, August 14, 2010

5 Ramadan dan Ayah Posting ke Perak


Alhamdulillah. Sudah 5 hari puasa tahun ni. Anak mama & ayah dalam perut ni pun dapat sama-sama puasa.... nanti dah besar, mesti anak mama & ayah dapat puasa dengan baik. Dapat tahan diri.

Hari ni ayah ke Ipoh. 16 Ogos tarikh ayah posting- mula mengajar. Esok ayah kena lapor diri di Jabatan Pelajaran Perak. Ayah ke Ipoh naik keretapi di KL Sentral. Mama ingat nak hantar ke KL Sentral, tapi ayah kata tak perlu lah...nanti mama penat, nak balik sorang2 ke rumah.

Sesudah sahur, solat subuh mama hantar ayah ke LRT Wangsa Maju. Masa salam cium tangan ayah, hati mama tetiba je rasa sayu & pilu.....menitik jugak air mata ni! Tapi mama cepat2 pujuk hati....mama kena kuat! nanti anak dalam perut mama ni akan kuat jugak! :)

Hari ni mama berbuka puasa sorang2. Anak dalam perut mama yg temankan mama. Ayah pun berbuka puasa sorang2 kat Ipoh. Ayah sampai tadi ayah call mama. Ayah menginap di Hotel Majestic Ipoh Railway.

Setiap masa mama berdoa moga urusan ayah nak posting semuanya baik-baik belaka. Dan juga diberikan kesihatan yang baik. Semoga mama & anak dalam perut mama ni jugak diberikan kesihatan yang baik & kuat walaupun ayah jauh disisi.




 

Dalam Kehadiran... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino