CafeMom Tickers

Thursday, October 21, 2010

Anak Ayah & Mama


Lahir ke dunia...

Monday, September 27, 2010

menunggu detik itu...


sudah masuk 36 minggu 2 hari. Seorang diri di rumah Pesona Villa ini...sangat merisaukan... hanya Allah tempat mengadu...hari2 call ayah...cerita itu ini berkongsi rasa. Kalau ayah ada sekali mama tak risau sangat. Ayah pun sorang2 kat Parit Buntar. Mama pulak sorang2 kat Melawati ni....
Memang ada jiran2 kawan2 mama... tapi tak sama kalau ayah ada di sisi mama. Mama sayang ayah! Mama sayang anak mama...
Tok pulak masuk wad hari ni... doakan tok semoga semuanya selamat. Haya Allah saja yang tahu hati mama waktu ni...saat ini....

mama fikir pasal nak bersalin, ayah jauh, tok tak berapa sihat....dengan hari ni satu lagi ujian buat mama...
mama apply cuti nak balik kampung 2 minggu awal sebelum due, tapi orang PPD Gombak ni tak luluskan pulak. Dia bukan faham masalah mama duduk kat rumah ni sorang2. Alhamdulillah. itu saja kata2 yg mammpu mama ucapkan....sesungguhnya doa orang2 yang teraniaya/ dizalimi mudah dimakbulkan...tambah pulak di akal hujan2 macam hari ni...

Mama harap anak dalam perut mama faham situasi mama. Allah maha mengetahui.Hari2 mama baca Quran untuk tenangkan hati... Moga Allah mempermudahkan segala urusan. Ameen..

Sunday, September 12, 2010

Berita Yang Mengejutkan


Kelmarin doktor Hospital Sultanah Bahiyah call. Tok kena pi hospital pagi esok 13hb. Minggu lepas tok ada bgtau yg dia ke hospital, doktor ambik sampel daging untuk diagnos apa penyakit/masalah tok. Lepas menopuse dekat 10 tahun, tiba2 tok ada sikit pendarahan setiap bulan. Dah buat ujian pap smear. dah scan. tapi tak dapat kesan apa2. last2 rujuk doktor pakar.

Ayah bawa kereta. Mama ikut. TokWan dengan tok sekali. Ke bahagian Obstektrik & Ginekologi( Sakit Puan)
Lama sangat tunggu giliran...mama dgn ayah jalan2.. cari wad bersalin...senang nanti mama nak bercadang bersalin anak amam kat HSB ni... anak Kedah! :)

Lepas tu mama ke bahagian O & G semula. Masuk jumpa doktor dgn Tok. Ingat dia nak tanya pasal GL ( surat kakitangan kerajaan) tapi rupa-rupanya doktor nak cerita tentang sakit tok...terkejut! Berserah pada Allah!Moga Tok kuat semangat!

Sunday, September 5, 2010

33 minggu


Dah masuk 33 minggu. Ada lagi 7 minggu sebelum due bersalin. Setiap masa hati & mulut mama berdoa moga Allah permudahkan semuanya.
4hb September dah start cuti raya puasa. cuti awal seminggu. 10hb baru raya.
Perut makin rasa berat...anak mama & ayah ni dah makin besar..minggu seblum balik kg, mama pegi checked-up kat klinik kesihatan Au2 tu...berat kurang 2kg la pulak...agaknya puasa kot.. :)
apa pun, bersyukur, anak mama sihat. bila nurse check, dia kata pergerakan nadi/jantung baby normal! mama happy! alhamdulillah.
Balik kg singgah berbuka di Sungai Petani, Laguna Merbok. Kak Nat, Aqil, Mimi & abang Mat Noor tak ada. Depa pi Seberang Jaya. Tok ja yang ada. Mama & ayah beli Radix Fried Chicken...
Malam pi ambik adik mama kat Uitm..Piah. Terus balik kampung di Pendang..........
Rindunya kampung halaman...lama tak balik...alhamdulillah. Seronok berbuka di kampung! Beli itik panggang! ayah tak pernah makan!

Tuesday, August 31, 2010

Hari Ulang tahun Malaysia Merdeka ke-53!


31 Ogos 2010 = 21 Ramadan 1431H

Alhamdulillah, anak dalam perut mama ni kuat. Mama dapat berpuasa dah masuk hari ke-21. Syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah...dia yg mengizinkan dan memberikan kekuatan kita berdua berpuasa sama-sama. Ini pengalaman pertama mama. Mama takkan lupa sampai bila-bila. mengandungkan anak mama yg kini berusia 32 minggu 2 hari... :) 8 bulan++

Hati mama hari-hari teringat ayah. Ayah kerja. Ayah nak cari duit. Ayah jadi cikgu kat Tanjung Piandang. Esok 1 September 2010 adalah hari mama boleh apply untuk pindah dari KL ni ....nak duduk dekat ayah. Kesian jugak ayah sorang-sorang kat sana. Cuma tiap-tiap minggu ayah balik jenguk mama. Ayah risau mama sorang-sorang.
Moga-moga berkat bulan mulia ramadan ni kita dapat berpindah untuk hidup sekeluarga bersama ayah!

Hari ni cuti hari merdeka! mama rehat2 kat rumah. Ayah masa mama call tadi...tengah tulis novel, buat lesson plan & main game bola! itu semua kesukaan ayah! :) mama dah faham..

Anak, moga kita dapat berpuasa penuh tahun ni! Amin. :)

Sunday, August 22, 2010

Ayah balik jenguk mama 10-12 Ramadan


yay! ayah balik selepas seminggu ayah kerja di tempat baru. Ayah sampai pukul 10.30 malam di KL Sentral, naik keretapi dari Bagan Serai.

Mama masak sedap2 untuk ayah. Anak ayah & mama ni seronok bila ayah cakap2 kat perut mama. :)

Hari ni ahad, ayah dah balik semula ke Parit Buntar. Ayah balik ambil barang2 keperluan ayah. Hari tu cuma ayah bawa beberapa helai baju je. Kali ni ayah bawa balik laptop, beli broadband & prepaid celcom & maxis untuk internet.

Mama berbuka makan mee udang & cucur pisang. Sambil2 tengok tv mama makan kismis hitam. hari-hari mama telefon ayah. Mama call tok kat kampung, sembang-sembang. Lamanya mama tak balik kampung. Seronoknya kalau dapat berpuasa di kampung. ..Tapi seronok lagi kalau dapat berpuasa bersama-sama ayah di sisi mama! :)

Saturday, August 14, 2010

5 Ramadan dan Ayah Posting ke Perak


Alhamdulillah. Sudah 5 hari puasa tahun ni. Anak mama & ayah dalam perut ni pun dapat sama-sama puasa.... nanti dah besar, mesti anak mama & ayah dapat puasa dengan baik. Dapat tahan diri.

Hari ni ayah ke Ipoh. 16 Ogos tarikh ayah posting- mula mengajar. Esok ayah kena lapor diri di Jabatan Pelajaran Perak. Ayah ke Ipoh naik keretapi di KL Sentral. Mama ingat nak hantar ke KL Sentral, tapi ayah kata tak perlu lah...nanti mama penat, nak balik sorang2 ke rumah.

Sesudah sahur, solat subuh mama hantar ayah ke LRT Wangsa Maju. Masa salam cium tangan ayah, hati mama tetiba je rasa sayu & pilu.....menitik jugak air mata ni! Tapi mama cepat2 pujuk hati....mama kena kuat! nanti anak dalam perut mama ni akan kuat jugak! :)

Hari ni mama berbuka puasa sorang2. Anak dalam perut mama yg temankan mama. Ayah pun berbuka puasa sorang2 kat Ipoh. Ayah sampai tadi ayah call mama. Ayah menginap di Hotel Majestic Ipoh Railway.

Setiap masa mama berdoa moga urusan ayah nak posting semuanya baik-baik belaka. Dan juga diberikan kesihatan yang baik. Semoga mama & anak dalam perut mama ni jugak diberikan kesihatan yang baik & kuat walaupun ayah jauh disisi.




Saturday, July 17, 2010

26 minggu


Hari ni genap 26 minggu anak mama dalam kandungan. Mama dapat rasa anak mama makin besar. Perut mama pun makin besar. Alhamdulillah, mama tak ada alahan yang teruk. Mama boleh buat kerja macam biasa. Happy!

Sesungguhnya mama seronok mengandungkan anak mama+ayah ni! Mama teruja!
Pengalaman pertama mama! ayah pun happy menanti anak sulung kami berdua.

Hari2 mama cakap2 usap2 perut anak mama. " anak mama ni anak yang baik, anak yg soleh, anak yg sihat, comel, suka tolong orang, hormat pada orang lain, bercita-cita tinggi" Amin.

Ayah lagi la... suka nyanyi2 kat perut mama! :)
beberapa hari lagi mama nak pegi scan anak mama ni! :) happy

Thursday, July 15, 2010

Tendang


Mama dah kena kira tendangan anak dalam perut mama ni. Kena cukup 10 kali dalam masa pukul 9.00 pagi ke 9.00 malam. Selalunya sebelum tengah hari mama kira anak mama dah tendang berpuluh kali... :) anak mama aktif ni! mama suka. Ayah suka letak tangan kat perut mama. Boleh rasa bila anak mama kick perut mama! :)

Ayah kata anak ni mengamalkan JERI-jasmani-emosi-rohani-intelek. hehehe...mentang2 ayah baru nak jadi cikgu. Semua teori dia ingat!

Ye la.. mama aktif jugak jalan2. Memasak selalu. Jalan2 ke Zoo Negara la~ masa abang Aqil, kakak mimi, tok, maklong & paklong mai KL.
Pastu mama jalan pulak ke Pesta Floria Putrajaya dengan ayah. Lenguh jugak. tapi mama happy. tengok benda2/ makhluk ciptaan Allah. Semoga anak mama & ayah ni menghargai alam makhluk ciptaan Allah S.W.T ini dan sentiasa bersyukur selalu.

Saturday, July 10, 2010

Trimester ke-3


Yay! mama dah masuk trimester ke-3. minggu ke-25. Maksudnya lagi 15 minggu mama akan bersalin.

Mama & ayah happy bila anak mama ni aktif menendang dalam perut. Ayah selalu usap2 & cakap2 kat perut mama. Ayah nyanyi macam2 lagu... anak mama & ayah pun respon...tendang kuat, & kadang2 perut mama gerak2....kami berdua seronok...ketawa sama2 dengan gelagat anak mama & ayah ni!

dah besar ye...kadang2 mama rasa anak mama ni kick dari perut sebelah kanan sampai kiri! Ajaibnya kuasa Allah! Maha suci Allah. Mama happy dengan perubahan & pengalaman yang mama hadapi sewaktu mengandung ini... dengan keizinan Allah, mama dapat mengandungkan anak ini.
Setiap hari mama & ayah mendoakan yg baik2 untuk anak kami! Semoga mendapat anak yg soleh. Bila mama baca Quran, anak mama pun beri respon.. :) gerak2...anak mama happy agaknya..

Sunday, June 6, 2010

20 minggu


Anak ayah suka hisap jari... :)

Monday, May 10, 2010

4 bulan 2 hari


Hari ni mama cuti. Ayah ke IPBA~tempat ayah belajar untuk jadi cikgu....
Mama sorang-sorang kat rumah.

Hari ni rupa-rupanya sudah 4 bulan 2 hari anak mama dalam kandungan mama. Perut mama makin besar. Mama sayang anak mama. Moga anak mama & ayah sihat dalam perut mama ni!

Hari ni mama makan ayam masak merah (lauk kesukaan ayah), sayur kacang buncis goreng dengan telur!SEDAP! Mama buat laksa Kedah. Mama teringin nak makan. B eli kat kedai tak jumpa lagi yang sedap!


Sunday, April 18, 2010

Tiga Bulan



















2.2 cm adalah diameter kepalamu. 12w6d adalah usiamu - 12 minggu 6 hari. 24-OCT-10 adalah tarikh kamu dijangka hadir ke dunia. ayah dapat melihat degup jantungmu, dan tanganmu bergerak-gerak. tiada kata dapat mengungkap perasaan ayah dan mama ketika itu...

Thursday, March 25, 2010

Happy Birthday Ayah 2 Mac


Birthday ayah. Mama mintak maaf pada ayah, malam tadi pukul 12.01 a.m mama terlupa nak wish birthday ayah awal-awal. Ayah tunggu-tunggu. Mama rasa lenguh-lenguh. Ayah pula selesema. Tak berapa selesa. Jadi mama tak fokus sangat, walaupun mama awal-awal lagi bagi tahu ayah yang esok birthday ayah :)

Mama belanja ayah makan di Secret Recipe. Makan nasi black pepper di SR Alpha Angle, Jusco Wangsa Maju. Mama beli kek chocolate indulgence untuk ayah. Untuk mama, mama beli kek chocolate bananas. Bawa balik rumah kek-kek ni sebab masih kenyang makan nasi.

Happy Birthday Sayang! Mama sayang ayah. :) Ayah pelengkap hidup mama.

Monday, March 1, 2010

Ayah Demam


Alhamdulillah, setelah 5 hari bercuti, hari ni mama boleh pergi sekolah. 2 hari mama MC. Jumaat cuti Maulidurrasul, Sabtu & ahad weekend. Jadi 5 hari cuti. Dapat rehat.

Ayah demam. Ayah muntah-muntah. Kesian mama pada ayah. Mama mengandung, ayah muntah :) Ayah sakit tekak. Ambil ubat di Klinik Idzham.

Sunday, February 28, 2010

Ikan Tongkol


Bangun pagi minum susu Enfamama. Makan ubat yang mama buat sendiri. Air limau kasturi campur madu. Seingat mama, mama hanya sekali je makan ubat klinik tu. Rasa semakin sihat. Mama rasa nak kemas rumah. Mama rasa alhamdulillah, mama makin sihat & kuat untuk melakukan kerja rumah. Mama cuba buang rasa malas. Nanti anak mama & ayah mesti rajin macam mama. :)

Mama banyakkan baca Quran & berdoa. Moga anak mama dalam kandungan ni sihat & sempurna.
Hari ni mama buat kari ikan tongkol hitam. Sedap. Isinya manis, lembut. Bila mama pandang badan ayah yang lebam tu mama kesian pada ayah. Moga ayah cepat baik.

Friday, February 26, 2010

Kesian Ayah


Mama sayu tengok ayah. Tangan ayah sakit. lebam pada lengan, bahu, dada ayah dan di belakang badan ayah agak merah & bergaris-garis mengikut urat. Mama gosok-gosok lengan ayah sambil selawat supaya cepat baik. Ayah pula nasihat pada mama supaya elok-elok dalam bilik air. Mama sentiasa beringat. Tangan ayah tak boleh angkat. nak solat bila sujud pun sakit. Jadi ayah solat zohor he kat rumah. Tak pergi solat jumaat. Solat pun secara duduk di katil. Mama sayang ayah. Mama sentiasa berdoa ayah cepat sembuh. Ayah kena kuat semangat.

Thursday, February 25, 2010

Mama & Ayah Cuti Sakit (MC)


Hari ni mama MC hari kedua. Ayah pula MC sebab jatuh dalam bilik air. Malam tadi mama dah telefon kawan praktikum ayah, Cikgu Mawadah untuk bagitahu apa yang tejadi pada ayah. Mama cepat rasa penat. lenguh-lenguh. Kadang-kadang bila mama bergerak, terutamnya waktu malam, pinggang & badan mama lenguh-lenguh. Mama selawat banyak-banyak. Mama faham ini mungkin perubahan hormon yang mama perlu hadapi untuk anak mama & ayah sesuai dalam perut mama. Mama happy. Mama minum susu Enfamama pagi & malam. Kandungan mama berusia 6 minggu pada waktu ini.

Wednesday, February 24, 2010

Demam


Mama bangun awal pagi. 5 pagi. Badan mama rasa panas sangat. Rasa nak demam,selesema,batuk & sakit tekak. Mama mandi 6.15 pagi. Solat subuh. Tak larat.

Mama cadang nak ambil MC, 2 hari. Ayah pergi sekolah,tempat ayah praktikum. SK Sg Pusu. Mama setelkan kerja rumah. Basuh pinggan,panaskan sup & sapu sampah kemas rumah. Mama tak suka rumah bersepah. Tengah hari pergi ke Klinik Norliza. Ambik ubat & MC 2 hari. Nak rehat.

Mama minum madu campur limau kasturi & air suam. Untuk cairkan kahak. Mama makan keropok popo. Lagi teruk batuk. Mungkin minyak dalam keropok tu. Minum air masak banyak-banyak. Rasa lenguh-lenguh. Perubahan hormon agaknya.

Malam, mama tengah tengok tv. mama dengar ayah jerit "aduh" kuat sangat. dari bilik air agaknya. Mama pantas ke bilik air. Ya Allah, ayah terjatuh dalam bilik air. Masa mama tengok ayah jatuh tertiarap. Mengerang sakit tak henti-henti. Mama cuba kuatkan semangat. Mama pimpin ayah masuk bilik. lap badan ayah. Bahu kiri ayah tak boleh gerak. sakit sangat. Mama berdoa dalam hati moga tak aa apa yang berlaku yang tak baik. Mama harap ayah sakit sebab jatuh saja. Doa mama tak putus-putus.

Mama bawa ayah ke Klinik Kita. Sini boleh X-ray terus. Mama risau juga, tadi sebelum ke klinik ni mama makan ubat batuk,selesema. Harap mama tak ngantuk. Orang ramai kat klinik. Jumpa doktor Hakim. baiknya doktor tu. bagi nasihat & cara dia cakap kepada pesakit sungguh berhemah.

Mama teman ayah pergi X-ray tingkat atas. Mujur ayah tak apa-apa. Cuma lebam teruk. Merah garis-garis. Mama kesian ayah. Dulu masa awal ayah belajar di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) kaki ayah retak. patah sikit bahagian tepi kaki kiri. Kejadian tu berlaku semasa ayah pergi camping di Port Dickson. Mama yang ulang-alik hantar ambil ayah ke IPBA. Dugaan sungguh waktu tu. Tokwan iaitu ayah kepada ayah, pada masa yang sama tengah sakit kuat. Tokwan selamat kembali ke rahmatullah pada 8 September 2009. Bulan Ramadan. Semoga Tokwan ditempatkan di tempat orang-orang yang dicucuri rahmat Oleh-Nya. Amin.

Tuesday, February 23, 2010

Hari Pertama Ke Klinik


Pagi-pagi sampai sahaja di sekolah, mama isi buku untuk keluar untuk ke klinik. Mama tumpang Cikgu Safiah ke klinik. Ayah waktu ini tengah praktikum untuk untuk menjadi seorang guru macam mama. :-) Suami kawan mama yang hantarkan. Kebetulan sama tarikh hendak ke klinik. Yang paling dekat, Klinik Desa Hulu Kelang. Ibu-ibu yang pertama kali datang apabila mengandung, perlu datang hari Selasa. Kata kawan mama.

8.00 pagi lepas ambil nombor giliran, dapat dua buku warna pink untuk diisi segala maklumat & butirannya. Mama terlupa bawa surat nikah pulak. Kawan mama ada pesan.

Mula-mula sekali ada ceramah kesihatan. Banyak info yang mama perolehi. Ini kan kali pertama mama mengandung. Jadi mama kena belajar menyesuaikan & memahami perubahan diri yang mama akan hadapi. Mama bersedia untuk belajar untuk menjadi ibu.
Topik utamanya 'Pendidikan Penyusuan Ibu':
-Faedah penyusuan ibu
-Pentingnya penyusuan ibu sejurus selepas kelahiran
-Meletakkan bayi sentiasa bersama ibu
- Posisi bayi & penekapan semasa penyusuan
- Pentingnya penyusuan mengikut kehendak bayi
-Pastikan susu yang dihasilkan dengan secukupnya
- Beri hanya susu ibu
-Cara pemerahan dan simpanan.

lepas tu ada sesi soal jawab & berkongsi cerita tentang kehamilan. Mama dengan sorang lagi perempuan sahaja yang mengandung anak pertama. Yang lain kebanyakannya sudah anak ke-2, ke-3 dan ada yang ke-4. Ada yang anak 4 , walaupun umurnya hampir sebaya dengan mama :-) . Mama mengandungkan anak mama pada umur 30 tahun. Kalau ikut birthday mama, bulan 7 nanti baru mama 30 tahun. Jadi sekarang ni mama masih 29 tahun lah! :-) Kalau emak mama dulu (tok anak mamalah!) , pada umur 29 tahun, emak mama bersalinkan mama. :-)

Ada ujian lain yang dijalankan;
-Timbang berat & ukur ketinggian. Berat mama waktu ni 53kg (lima minggu pregnant)
-Ujian tekanan darah. (darah mama ok. normal.)
-ujian darah ( susahnya darah mama nak diambil! urat tak nampak. 3 kali ambik baru dapat. cepat pulak darah mama beku. mungkin sebelum ni mama ada ambik vitamin E kot...)
-Ujian air kencing
-Pemeriksaan perut
-Nasihat & dibekalkan asid folik, vitamin C, Vitamin B & Ferrous Fumerate. (semua kena makan setiap hari-pagi)

Usia kandungan mama lima minggu ++. Mama last period bulan Januari. 17-21 Januari 2010. Alhamdulillah. 40 minggu mama kena harungi ini. Mama harap mama kuat. Mama banyak berdoa pada Allah agar semua Allah permudahkan. Due date mama bersalin 24 Oktober 2010:-)

Mama perlu ke Klinik AU2 pulak nanti. 3 Mac 2010. Rabu. Jumpa doktor. Mama juga kena datang ke sini sekali kagi Jumaat untuk buat pemeriksaan gigi.
semuanya selesai hampir pukul 11.45 pagi. lama sungguh mama kat klinik ni. dari pukul 8 pagi.
Kesian anak-anak murid mama. Mama banyak tak masuk kelas hari ni. Cuma mama dah bagi kerja rumah awal-awal. Semoga anak murid mama dapat ilmu walaupun mama tak masuk kelas hari ni.


Malam mama lenguh-lenguh belakang. Siang ok. Cuma malam sahaja yang terasa. Kadang-kadang rasa susah nak tidur. Lenguh sangat. Ayah yang urut-urut belakang mama. Ayah suruh mama sabar banyak-banyak. Inilah pengalaman indah mama. Anugerah dari Allah. Anak mama & ayah. Alhamdulillah. Sesungguhnya dengan kekuasaan Allah mama dapat merasai pengalaman ini. Subhanallah!

Monday, February 22, 2010

Kasut & Surah Luqman


Hari pertama mama ke sekolah selepas mama disahkan mengandung. Happy. Ada assembly seperti biasa. Mama nak bagitahu ke tak kawan-kawan mama ni? Mama fikir banyak kali. Masih awal lagi... tapi sesekali mama fikir tak salah kalau berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan. Boleh kawan-kawan mama bagi pendapat & petua serta berkongsi cerita tentang kehamilan.

Ada sorang cikgu yang duduk di belakang mama pun tengah pregnant. Kalau tak silap mama dia dah 10 minggu. Cikgu Safiah. Jadi mama refer pada dia untuk buat kad pemeriksaan mengandung.

Balik sekolah, mama ajak ayah pergi beli sandal baru. yang flat sikit. Sekarang kasut yang mama pakai agak tinggi. Mama rasa tak selesa pula. Jadi mama ke Jusco Setiawangsa dengan ayah. Mama suka kasut yang mama beli. Selesa.

Balik Jusco mama singgah Giant Taman Permata. Mama beli susu Enfamama di Guardian. Mama berkongsi 'good news' ni dengan sorang consultant di farmasi ni. Dulu dia ada suggest mama makan Vitamin Biogrow. Sebulan sebelum ni mama datang ke farmasi ni hanya untuk beli Folic Acid je. Consultant (perempuan cina) tu happy bila mama cerita.

Mama naik pulak ke kedai buku. Mama & ayah cari buku untuk ibu-ibu mengandung. Mama tak pernah mengalami saat-saat seperti ini. Jadi mama kena banyak membaca untuk tahu itu ini. Mama juga rujuk internet untuk cari sumber tentang dunia kehamilan.

Malamnya, selesai solat Maghrib berjemaah, mama & ayah sama-sama baca Surah Luqman. Mama baca ayat Quran, ayah pula baca maksud terjemahannya. Sambil mama usap perut mama. Ayah pun. Dalam perut mama ada anak yang baik. Anak yang soleh & solehah. Amin.

Sunday, February 21, 2010

dua line :)


Rasa Menugai


19-21 Februari 2010. Mama ada Camping di Alang Sendayu, Gombak...Kem Kepimpinan Pengawas. 3 hari di sana rasa ok sahaja. Cuma mama rasa perut mama makin naik. Mama ingat berat badan mama naik sebab mama & ayah suka makan. Mama suka masak :-)

Setiap masa mama berdoa andainya betul Allah izinkan mama tengah mengandung sekarang ni, mama diberi kekuatan & kesihatan yang baik. Mama pelik juga, mama kerap hendak kencing...mama selalu usap-usap perut mama dengan baca ayat2 Quran Al-Fatihah, ayat Kursi & 3 Khul. Setiap malam sebelum tidur pun mama usap-usap perut mama. Mama dapat rasakan yang dalam perut mama ada hamba Allah yang mama kandung :-)

Masa nak ambik baju untuk cikgu kem yang ikut, ada sorang cikgu lelaki yang suruh mama ambik baju besar, nanti senang kalau mengandung. :-)

Mama ikut jungle trekking. Kuat pulak mama naik daki bukit,redah huta, terowong, main air terjun lagi. Mama rasa happy. Alhamdulillah, badan mama tak sakit apa-apa. Sepanjang jalan pun mama usap-usap perut mama sambil baca ayat-ayat yang mama selalu amalkan. Selawat banyak-banyak..

On the way balik rumah dari Alang sendayu tu, tekak mama rasa kembang. hayai( kata orang kedah) rasa menugai. air liur banyak je~kembang tekak mama dibuatnya.

Ayah yang ambik mama di rumah kawan mama di Jalan J6. mama ajak ayah pergi beli pregnancy test di Vitacare. Balik rumah mama terus test. Alhamdulillah...... mama terkedu seketika.
'Dua line'....mama menjerit bagitau ayah. Kami berdua rasa teruja. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran mama & ayah panjatkan pada Allah yang punya Kuasa. Happy sangat-sangat.

Yay! dalam perut mama ada anak mama & ayah. Ada bakal cucu pertama dalam keluarga sebelah mama. Cucu ketiga dalam keluarga sebelah ayah. :-)

Petang tu jugak mama ajak ayah ke Klinik Kita. Jumpa doktor. Anak mama berusia 5 minggu. Doktor kata kalau nak scan datang sebulan dari sekarang. 8-10 minggu scan baru nampak.

Malam, badan mama rasa lenguh-lenguh belakang. Ayah sapu minyak pada belakang mama. Ayah usap-usap belakang mama. Mama & ayah rasa bahagia. Hati berbunga-bunga...
 

Dalam Kehadiran... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino