CafeMom Tickers

Tuesday, August 31, 2010

Hari Ulang tahun Malaysia Merdeka ke-53!


31 Ogos 2010 = 21 Ramadan 1431H

Alhamdulillah, anak dalam perut mama ni kuat. Mama dapat berpuasa dah masuk hari ke-21. Syukur setinggi-tingginya ke hadrat Allah...dia yg mengizinkan dan memberikan kekuatan kita berdua berpuasa sama-sama. Ini pengalaman pertama mama. Mama takkan lupa sampai bila-bila. mengandungkan anak mama yg kini berusia 32 minggu 2 hari... :) 8 bulan++

Hati mama hari-hari teringat ayah. Ayah kerja. Ayah nak cari duit. Ayah jadi cikgu kat Tanjung Piandang. Esok 1 September 2010 adalah hari mama boleh apply untuk pindah dari KL ni ....nak duduk dekat ayah. Kesian jugak ayah sorang-sorang kat sana. Cuma tiap-tiap minggu ayah balik jenguk mama. Ayah risau mama sorang-sorang.
Moga-moga berkat bulan mulia ramadan ni kita dapat berpindah untuk hidup sekeluarga bersama ayah!

Hari ni cuti hari merdeka! mama rehat2 kat rumah. Ayah masa mama call tadi...tengah tulis novel, buat lesson plan & main game bola! itu semua kesukaan ayah! :) mama dah faham..

Anak, moga kita dapat berpuasa penuh tahun ni! Amin. :)

Sunday, August 22, 2010

Ayah balik jenguk mama 10-12 Ramadan


yay! ayah balik selepas seminggu ayah kerja di tempat baru. Ayah sampai pukul 10.30 malam di KL Sentral, naik keretapi dari Bagan Serai.

Mama masak sedap2 untuk ayah. Anak ayah & mama ni seronok bila ayah cakap2 kat perut mama. :)

Hari ni ahad, ayah dah balik semula ke Parit Buntar. Ayah balik ambil barang2 keperluan ayah. Hari tu cuma ayah bawa beberapa helai baju je. Kali ni ayah bawa balik laptop, beli broadband & prepaid celcom & maxis untuk internet.

Mama berbuka makan mee udang & cucur pisang. Sambil2 tengok tv mama makan kismis hitam. hari-hari mama telefon ayah. Mama call tok kat kampung, sembang-sembang. Lamanya mama tak balik kampung. Seronoknya kalau dapat berpuasa di kampung. ..Tapi seronok lagi kalau dapat berpuasa bersama-sama ayah di sisi mama! :)

Saturday, August 14, 2010

5 Ramadan dan Ayah Posting ke Perak


Alhamdulillah. Sudah 5 hari puasa tahun ni. Anak mama & ayah dalam perut ni pun dapat sama-sama puasa.... nanti dah besar, mesti anak mama & ayah dapat puasa dengan baik. Dapat tahan diri.

Hari ni ayah ke Ipoh. 16 Ogos tarikh ayah posting- mula mengajar. Esok ayah kena lapor diri di Jabatan Pelajaran Perak. Ayah ke Ipoh naik keretapi di KL Sentral. Mama ingat nak hantar ke KL Sentral, tapi ayah kata tak perlu lah...nanti mama penat, nak balik sorang2 ke rumah.

Sesudah sahur, solat subuh mama hantar ayah ke LRT Wangsa Maju. Masa salam cium tangan ayah, hati mama tetiba je rasa sayu & pilu.....menitik jugak air mata ni! Tapi mama cepat2 pujuk hati....mama kena kuat! nanti anak dalam perut mama ni akan kuat jugak! :)

Hari ni mama berbuka puasa sorang2. Anak dalam perut mama yg temankan mama. Ayah pun berbuka puasa sorang2 kat Ipoh. Ayah sampai tadi ayah call mama. Ayah menginap di Hotel Majestic Ipoh Railway.

Setiap masa mama berdoa moga urusan ayah nak posting semuanya baik-baik belaka. Dan juga diberikan kesihatan yang baik. Semoga mama & anak dalam perut mama ni jugak diberikan kesihatan yang baik & kuat walaupun ayah jauh disisi.




 

Dalam Kehadiran... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino