CafeMom Tickers

Sunday, February 28, 2010

Ikan Tongkol


Bangun pagi minum susu Enfamama. Makan ubat yang mama buat sendiri. Air limau kasturi campur madu. Seingat mama, mama hanya sekali je makan ubat klinik tu. Rasa semakin sihat. Mama rasa nak kemas rumah. Mama rasa alhamdulillah, mama makin sihat & kuat untuk melakukan kerja rumah. Mama cuba buang rasa malas. Nanti anak mama & ayah mesti rajin macam mama. :)

Mama banyakkan baca Quran & berdoa. Moga anak mama dalam kandungan ni sihat & sempurna.
Hari ni mama buat kari ikan tongkol hitam. Sedap. Isinya manis, lembut. Bila mama pandang badan ayah yang lebam tu mama kesian pada ayah. Moga ayah cepat baik.

Friday, February 26, 2010

Kesian Ayah


Mama sayu tengok ayah. Tangan ayah sakit. lebam pada lengan, bahu, dada ayah dan di belakang badan ayah agak merah & bergaris-garis mengikut urat. Mama gosok-gosok lengan ayah sambil selawat supaya cepat baik. Ayah pula nasihat pada mama supaya elok-elok dalam bilik air. Mama sentiasa beringat. Tangan ayah tak boleh angkat. nak solat bila sujud pun sakit. Jadi ayah solat zohor he kat rumah. Tak pergi solat jumaat. Solat pun secara duduk di katil. Mama sayang ayah. Mama sentiasa berdoa ayah cepat sembuh. Ayah kena kuat semangat.

Thursday, February 25, 2010

Mama & Ayah Cuti Sakit (MC)


Hari ni mama MC hari kedua. Ayah pula MC sebab jatuh dalam bilik air. Malam tadi mama dah telefon kawan praktikum ayah, Cikgu Mawadah untuk bagitahu apa yang tejadi pada ayah. Mama cepat rasa penat. lenguh-lenguh. Kadang-kadang bila mama bergerak, terutamnya waktu malam, pinggang & badan mama lenguh-lenguh. Mama selawat banyak-banyak. Mama faham ini mungkin perubahan hormon yang mama perlu hadapi untuk anak mama & ayah sesuai dalam perut mama. Mama happy. Mama minum susu Enfamama pagi & malam. Kandungan mama berusia 6 minggu pada waktu ini.

Wednesday, February 24, 2010

Demam


Mama bangun awal pagi. 5 pagi. Badan mama rasa panas sangat. Rasa nak demam,selesema,batuk & sakit tekak. Mama mandi 6.15 pagi. Solat subuh. Tak larat.

Mama cadang nak ambil MC, 2 hari. Ayah pergi sekolah,tempat ayah praktikum. SK Sg Pusu. Mama setelkan kerja rumah. Basuh pinggan,panaskan sup & sapu sampah kemas rumah. Mama tak suka rumah bersepah. Tengah hari pergi ke Klinik Norliza. Ambik ubat & MC 2 hari. Nak rehat.

Mama minum madu campur limau kasturi & air suam. Untuk cairkan kahak. Mama makan keropok popo. Lagi teruk batuk. Mungkin minyak dalam keropok tu. Minum air masak banyak-banyak. Rasa lenguh-lenguh. Perubahan hormon agaknya.

Malam, mama tengah tengok tv. mama dengar ayah jerit "aduh" kuat sangat. dari bilik air agaknya. Mama pantas ke bilik air. Ya Allah, ayah terjatuh dalam bilik air. Masa mama tengok ayah jatuh tertiarap. Mengerang sakit tak henti-henti. Mama cuba kuatkan semangat. Mama pimpin ayah masuk bilik. lap badan ayah. Bahu kiri ayah tak boleh gerak. sakit sangat. Mama berdoa dalam hati moga tak aa apa yang berlaku yang tak baik. Mama harap ayah sakit sebab jatuh saja. Doa mama tak putus-putus.

Mama bawa ayah ke Klinik Kita. Sini boleh X-ray terus. Mama risau juga, tadi sebelum ke klinik ni mama makan ubat batuk,selesema. Harap mama tak ngantuk. Orang ramai kat klinik. Jumpa doktor Hakim. baiknya doktor tu. bagi nasihat & cara dia cakap kepada pesakit sungguh berhemah.

Mama teman ayah pergi X-ray tingkat atas. Mujur ayah tak apa-apa. Cuma lebam teruk. Merah garis-garis. Mama kesian ayah. Dulu masa awal ayah belajar di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) kaki ayah retak. patah sikit bahagian tepi kaki kiri. Kejadian tu berlaku semasa ayah pergi camping di Port Dickson. Mama yang ulang-alik hantar ambil ayah ke IPBA. Dugaan sungguh waktu tu. Tokwan iaitu ayah kepada ayah, pada masa yang sama tengah sakit kuat. Tokwan selamat kembali ke rahmatullah pada 8 September 2009. Bulan Ramadan. Semoga Tokwan ditempatkan di tempat orang-orang yang dicucuri rahmat Oleh-Nya. Amin.

Tuesday, February 23, 2010

Hari Pertama Ke Klinik


Pagi-pagi sampai sahaja di sekolah, mama isi buku untuk keluar untuk ke klinik. Mama tumpang Cikgu Safiah ke klinik. Ayah waktu ini tengah praktikum untuk untuk menjadi seorang guru macam mama. :-) Suami kawan mama yang hantarkan. Kebetulan sama tarikh hendak ke klinik. Yang paling dekat, Klinik Desa Hulu Kelang. Ibu-ibu yang pertama kali datang apabila mengandung, perlu datang hari Selasa. Kata kawan mama.

8.00 pagi lepas ambil nombor giliran, dapat dua buku warna pink untuk diisi segala maklumat & butirannya. Mama terlupa bawa surat nikah pulak. Kawan mama ada pesan.

Mula-mula sekali ada ceramah kesihatan. Banyak info yang mama perolehi. Ini kan kali pertama mama mengandung. Jadi mama kena belajar menyesuaikan & memahami perubahan diri yang mama akan hadapi. Mama bersedia untuk belajar untuk menjadi ibu.
Topik utamanya 'Pendidikan Penyusuan Ibu':
-Faedah penyusuan ibu
-Pentingnya penyusuan ibu sejurus selepas kelahiran
-Meletakkan bayi sentiasa bersama ibu
- Posisi bayi & penekapan semasa penyusuan
- Pentingnya penyusuan mengikut kehendak bayi
-Pastikan susu yang dihasilkan dengan secukupnya
- Beri hanya susu ibu
-Cara pemerahan dan simpanan.

lepas tu ada sesi soal jawab & berkongsi cerita tentang kehamilan. Mama dengan sorang lagi perempuan sahaja yang mengandung anak pertama. Yang lain kebanyakannya sudah anak ke-2, ke-3 dan ada yang ke-4. Ada yang anak 4 , walaupun umurnya hampir sebaya dengan mama :-) . Mama mengandungkan anak mama pada umur 30 tahun. Kalau ikut birthday mama, bulan 7 nanti baru mama 30 tahun. Jadi sekarang ni mama masih 29 tahun lah! :-) Kalau emak mama dulu (tok anak mamalah!) , pada umur 29 tahun, emak mama bersalinkan mama. :-)

Ada ujian lain yang dijalankan;
-Timbang berat & ukur ketinggian. Berat mama waktu ni 53kg (lima minggu pregnant)
-Ujian tekanan darah. (darah mama ok. normal.)
-ujian darah ( susahnya darah mama nak diambil! urat tak nampak. 3 kali ambik baru dapat. cepat pulak darah mama beku. mungkin sebelum ni mama ada ambik vitamin E kot...)
-Ujian air kencing
-Pemeriksaan perut
-Nasihat & dibekalkan asid folik, vitamin C, Vitamin B & Ferrous Fumerate. (semua kena makan setiap hari-pagi)

Usia kandungan mama lima minggu ++. Mama last period bulan Januari. 17-21 Januari 2010. Alhamdulillah. 40 minggu mama kena harungi ini. Mama harap mama kuat. Mama banyak berdoa pada Allah agar semua Allah permudahkan. Due date mama bersalin 24 Oktober 2010:-)

Mama perlu ke Klinik AU2 pulak nanti. 3 Mac 2010. Rabu. Jumpa doktor. Mama juga kena datang ke sini sekali kagi Jumaat untuk buat pemeriksaan gigi.
semuanya selesai hampir pukul 11.45 pagi. lama sungguh mama kat klinik ni. dari pukul 8 pagi.
Kesian anak-anak murid mama. Mama banyak tak masuk kelas hari ni. Cuma mama dah bagi kerja rumah awal-awal. Semoga anak murid mama dapat ilmu walaupun mama tak masuk kelas hari ni.


Malam mama lenguh-lenguh belakang. Siang ok. Cuma malam sahaja yang terasa. Kadang-kadang rasa susah nak tidur. Lenguh sangat. Ayah yang urut-urut belakang mama. Ayah suruh mama sabar banyak-banyak. Inilah pengalaman indah mama. Anugerah dari Allah. Anak mama & ayah. Alhamdulillah. Sesungguhnya dengan kekuasaan Allah mama dapat merasai pengalaman ini. Subhanallah!

Monday, February 22, 2010

Kasut & Surah Luqman


Hari pertama mama ke sekolah selepas mama disahkan mengandung. Happy. Ada assembly seperti biasa. Mama nak bagitahu ke tak kawan-kawan mama ni? Mama fikir banyak kali. Masih awal lagi... tapi sesekali mama fikir tak salah kalau berkongsi kegembiraan dengan kawan-kawan. Boleh kawan-kawan mama bagi pendapat & petua serta berkongsi cerita tentang kehamilan.

Ada sorang cikgu yang duduk di belakang mama pun tengah pregnant. Kalau tak silap mama dia dah 10 minggu. Cikgu Safiah. Jadi mama refer pada dia untuk buat kad pemeriksaan mengandung.

Balik sekolah, mama ajak ayah pergi beli sandal baru. yang flat sikit. Sekarang kasut yang mama pakai agak tinggi. Mama rasa tak selesa pula. Jadi mama ke Jusco Setiawangsa dengan ayah. Mama suka kasut yang mama beli. Selesa.

Balik Jusco mama singgah Giant Taman Permata. Mama beli susu Enfamama di Guardian. Mama berkongsi 'good news' ni dengan sorang consultant di farmasi ni. Dulu dia ada suggest mama makan Vitamin Biogrow. Sebulan sebelum ni mama datang ke farmasi ni hanya untuk beli Folic Acid je. Consultant (perempuan cina) tu happy bila mama cerita.

Mama naik pulak ke kedai buku. Mama & ayah cari buku untuk ibu-ibu mengandung. Mama tak pernah mengalami saat-saat seperti ini. Jadi mama kena banyak membaca untuk tahu itu ini. Mama juga rujuk internet untuk cari sumber tentang dunia kehamilan.

Malamnya, selesai solat Maghrib berjemaah, mama & ayah sama-sama baca Surah Luqman. Mama baca ayat Quran, ayah pula baca maksud terjemahannya. Sambil mama usap perut mama. Ayah pun. Dalam perut mama ada anak yang baik. Anak yang soleh & solehah. Amin.

Sunday, February 21, 2010

dua line :)


Rasa Menugai


19-21 Februari 2010. Mama ada Camping di Alang Sendayu, Gombak...Kem Kepimpinan Pengawas. 3 hari di sana rasa ok sahaja. Cuma mama rasa perut mama makin naik. Mama ingat berat badan mama naik sebab mama & ayah suka makan. Mama suka masak :-)

Setiap masa mama berdoa andainya betul Allah izinkan mama tengah mengandung sekarang ni, mama diberi kekuatan & kesihatan yang baik. Mama pelik juga, mama kerap hendak kencing...mama selalu usap-usap perut mama dengan baca ayat2 Quran Al-Fatihah, ayat Kursi & 3 Khul. Setiap malam sebelum tidur pun mama usap-usap perut mama. Mama dapat rasakan yang dalam perut mama ada hamba Allah yang mama kandung :-)

Masa nak ambik baju untuk cikgu kem yang ikut, ada sorang cikgu lelaki yang suruh mama ambik baju besar, nanti senang kalau mengandung. :-)

Mama ikut jungle trekking. Kuat pulak mama naik daki bukit,redah huta, terowong, main air terjun lagi. Mama rasa happy. Alhamdulillah, badan mama tak sakit apa-apa. Sepanjang jalan pun mama usap-usap perut mama sambil baca ayat-ayat yang mama selalu amalkan. Selawat banyak-banyak..

On the way balik rumah dari Alang sendayu tu, tekak mama rasa kembang. hayai( kata orang kedah) rasa menugai. air liur banyak je~kembang tekak mama dibuatnya.

Ayah yang ambik mama di rumah kawan mama di Jalan J6. mama ajak ayah pergi beli pregnancy test di Vitacare. Balik rumah mama terus test. Alhamdulillah...... mama terkedu seketika.
'Dua line'....mama menjerit bagitau ayah. Kami berdua rasa teruja. Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran mama & ayah panjatkan pada Allah yang punya Kuasa. Happy sangat-sangat.

Yay! dalam perut mama ada anak mama & ayah. Ada bakal cucu pertama dalam keluarga sebelah mama. Cucu ketiga dalam keluarga sebelah ayah. :-)

Petang tu jugak mama ajak ayah ke Klinik Kita. Jumpa doktor. Anak mama berusia 5 minggu. Doktor kata kalau nak scan datang sebulan dari sekarang. 8-10 minggu scan baru nampak.

Malam, badan mama rasa lenguh-lenguh belakang. Ayah sapu minyak pada belakang mama. Ayah usap-usap belakang mama. Mama & ayah rasa bahagia. Hati berbunga-bunga...
 

Dalam Kehadiran... Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino