8.00 pagi lepas ambil nombor giliran, dapat dua buku warna pink untuk diisi segala maklumat & butirannya. Mama terlupa bawa surat nikah pulak. Kawan mama ada pesan.
Mula-mula sekali ada ceramah kesihatan. Banyak info yang mama perolehi. Ini kan kali pertama mama mengandung. Jadi mama kena belajar menyesuaikan & memahami perubahan diri yang mama akan hadapi. Mama bersedia untuk belajar untuk menjadi ibu.
Topik utamanya 'Pendidikan Penyusuan Ibu':
-Faedah penyusuan ibu
-Pentingnya penyusuan ibu sejurus selepas kelahiran
-Meletakkan bayi sentiasa bersama ibu
- Posisi bayi & penekapan semasa penyusuan
- Pentingnya penyusuan mengikut kehendak bayi
-Pastikan susu yang dihasilkan dengan secukupnya
- Beri hanya susu ibu
-Cara pemerahan dan simpanan.
lepas tu ada sesi soal jawab & berkongsi cerita tentang kehamilan. Mama dengan sorang lagi perempuan sahaja yang mengandung anak pertama. Yang lain kebanyakannya sudah anak ke-2, ke-3 dan ada yang ke-4. Ada yang anak 4 , walaupun umurnya hampir sebaya dengan mama :-) . Mama mengandungkan anak mama pada umur 30 tahun. Kalau ikut birthday mama, bulan 7 nanti baru mama 30 tahun. Jadi sekarang ni mama masih 29 tahun lah! :-) Kalau emak mama dulu (tok anak mamalah!) , pada umur 29 tahun, emak mama bersalinkan mama. :-)
Ada ujian lain yang dijalankan;
-Timbang berat & ukur ketinggian. Berat mama waktu ni 53kg (lima minggu pregnant)
-Ujian tekanan darah. (darah mama ok. normal.)
-ujian darah ( susahnya darah mama nak diambil! urat tak nampak. 3 kali ambik baru dapat. cepat pulak darah mama beku. mungkin sebelum ni mama ada ambik vitamin E kot...)
-Ujian air kencing
-Pemeriksaan perut
-Nasihat & dibekalkan asid folik, vitamin C, Vitamin B & Ferrous Fumerate. (semua kena makan setiap hari-pagi)
Usia kandungan mama lima minggu ++. Mama last period bulan Januari. 17-21 Januari 2010. Alhamdulillah. 40 minggu mama kena harungi ini. Mama harap mama kuat. Mama banyak berdoa pada Allah agar semua Allah permudahkan. Due date mama bersalin 24 Oktober 2010:-)
Mama perlu ke Klinik AU2 pulak nanti. 3 Mac 2010. Rabu. Jumpa doktor. Mama juga kena datang ke sini sekali kagi Jumaat untuk buat pemeriksaan gigi.
semuanya selesai hampir pukul 11.45 pagi. lama sungguh mama kat klinik ni. dari pukul 8 pagi.
Kesian anak-anak murid mama. Mama banyak tak masuk kelas hari ni. Cuma mama dah bagi kerja rumah awal-awal. Semoga anak murid mama dapat ilmu walaupun mama tak masuk kelas hari ni.
Malam mama lenguh-lenguh belakang. Siang ok. Cuma malam sahaja yang terasa. Kadang-kadang rasa susah nak tidur. Lenguh sangat. Ayah yang urut-urut belakang mama. Ayah suruh mama sabar banyak-banyak. Inilah pengalaman indah mama. Anugerah dari Allah. Anak mama & ayah. Alhamdulillah. Sesungguhnya dengan kekuasaan Allah mama dapat merasai pengalaman ini. Subhanallah!

0 comments:
Post a Comment